Our Story

Sejarah Penubuhan Casa LaiQa Homestay

Pada Tahun 2012, Rumah Pertama di Batu Pahat yang dibeli oleh Pasangan Suami Isteri Yang Bahagia dan Penuh Dengan Kasih Sayang ini Tidak Dapat Didiami Oleh Mereka Kerana Seminggu Setelah Mereka Mendapat Kunci Rumah Baru Ini, Tiba-Tiba Suami nya Mendapat Arahan Untuk Bertugas Di Kuala Lumpur. Dengan Perasaan Yang Sangat Bersyukur, Mereka Akur Kepada Amanah Kerja Yang Ditugaskan Lalu Berpindahlah Mereka Ke Kuala Lumpur.

Apabila Mereka Berpindah, Mereka Cuba Untuk Sewakan Selama 5 Bulan. Namun, Terdapat Pelbagai Masalah Sepanjang Penyewaan Tersebut. Lalu Pasangan Suami Isteri Ini Mengambil Keputusan Untuk Menjadikan Rumah Ini Sebuah Homestay. Tanpa Berlengah Lagi, Si Isteri Yang Memang Seronok Dalam Berniaga Memulakan Strategi Dalam Penghasilan Sebuah Homestay Yang Berkualiti. Lalu Dinamakan Homestay Tersebut CASA LAIQA HOMESTAY Sempena Nama Anak Mereka : Nik NawaL LaiQa dan Nik Intessar LaiQa. Casa Bermaksud Rumah (dalam Bahasa Spanish) dan LaiQa bermaksud Elegant (dalam Bahasa Arab). Alhamdulillah Segala Pengurusan dan Pemasaran Casa LaiQa Homestay Ini Berjalan Dengan Lancar Dan Sangat Berjaya.

Tiba-Tiba........ Pada 12 Januari 2015, Suatu Kejadian Yang Sangat Tidak Disangka. Suami Yang Terlalu Disayangi Oleh Isteri dan Anak-Anak LAIQA Ini Ditimpa Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi. Suami Ini Menghembuskan Nafas Terakhirnya di Tempat Kejadian. Tinggal lah si Isteri Bersama Anak-Anak LEGASI LAIQA ini. Ya Allah! Ini Lah Dugaan Yang Terbesar Mereka Lalui. Perasaan Sedih Yang Tidak Digambarkan. Mereka Hilang Sekelip Mata Seseorang Yang Sangat Mereka Sayangi dan Cintai. Kisah Mereka Ini Di Siarkan Di Majalah Mingguan Wanita Malaysia Tahun 2015.

Namun... Si Isteri Bangkit Semula Dengan Berbekalkan Semangat Juang Yang Tinggi. Niat Isterinya Adalah Untuk Buat Yang Terbaik Untuk Arwah Suaminya, Membesarkan Anak-Anak LEGASI LAIQA Ini Dengan Sangat Baik Dan Meneruskan Apa Yang Mereka Telah Mulakan Bersama. Si Isteri Memulakan Langkah dengan Menubuhkan Satu Empayar Yang Dinamakan LAIQA LEGACY SDN. BHD. Disini beliau Menyusun Pelbagai Strategi, Menyiapkan Segala Perancangan dan Menguruskan Perniagaan-Perniagaan Dengan Terbaik Demi Anak-Anak Zuriat Arwah Suami nya LEGASI LAIQA ini. Kini CASA LAIQA Telah Berkembang Dengan Mempunyai Beberapa Cawangan Iaitu CASA LAIQA Batu Pahat, Johor dan CASA LAIQA Seremban, Negeri Sembilan.

Beliau Turut Berkongsi Pengalamannya Dalam Pengurusan Set Up Guest House Di Dalam E-Book nya ’30 Tips Memiliki Guest House Idaman Anda.’ Beliau Yang Juga Merupakan Pelajar PhD Di Salah Sebuah Universiti Tempatan di Malaysia Bijak Membahagikan Masa di antara Keluarga, Pelajaran, Kerjaya Dan Business. Beliau Juga Bergiat Aktif Dalam Menyampaikan Seminar dan Semangat Motivasi Kepada Usahawan-Usahawan Muda Di Institusi Pengajian Tinggi.  Ikuti Kisahnya dan LaiQa Legacy ini dalam Facebook ‘FaraDiba LaiQa’. Untuk Booking Slot Seminar dan Menjemput Beliau dalam Pengendalian Seminar & Kursus, Sila Hubungi Pejabat :

LAIQA LEGACY SDN. BHD.
Tel : 019 777 4805
Office : 017 202 6990
Email : laiqahomestay@gmail.com
Website : www.laiqahomestay.com

FaraDiba and Dr Azizan Osman


FaraDiba Meneruskan Perjuangan Demi Zuriat LAIQA Mereka Ini


Suami dan Isteri Bersama LAIQA LEGACY mereka


Kisah CASA LAIQA yang Tragis


Kisah Mereka Dijadikan Inspirasi Ramai


Hubungan Yang Penuh Bercinta Dan Bahagia Pergi Untuk Selamanya


FaraDiba Redha dan Menyusun Strategi Untuk Legasi LaiQa Mereka


Kisah Mereka Diterbitkan Dalam Mingguan Wanita Februari 2015